Monday, December 7, 2009

Idea anda~ =)

Assalamualaikum..
Dah lame shoows tak update blog ni ek? Last skali time raya, 2 bulan lepas.. hahaha.. sori2.. bukan takde masa, tapi tak ingat nak bukak.. Kalo ingat pun, asek tangguh2, trus jadi lupa.. Maaf ye sahabat2 skalian..

Ha, skarang ni shoows nak mintak pendapat anda.. Bukan.. Lebih kepada idea anda dan nak tengok anda berkarya. Saye tau anda semua ni kreatif2 belake orangnye. Anda pernah dengar situasi pagi dalam zon akses 6-9 pagi kan? Isnin sampai sabtu ade yang dikendalikan oleh saya, hud dan izan..

Jadi, saya nak anda hantarkan idea2 anda untuk situasi pagi saya hari isnin dan selasa. Post je kat bawah ni skrip pendek anda. Kalo anda pernah dengar situasi pagi kami, misti tau nak buat macamane. Nanti mana tau kalo anda punya skrip saya rasa best, kami akan rekod dan siarkan live untuk zon akses kami..!

Haaa.. amacam? Ada beran nak join krew zon akses pagi? Cepat anta.. Ape tunggu lagi..? Kalo ade tak paham, sila angkat tangan dan tanya ok..! =)

11 comments:

  1. Cantik gak cadangan tu.Bukan ape skarang ni koi nengok topik2 yang dibincangkan macam dah kurang yang dengor.

    Nanti koi pikir2 kan ape ceritenye.Moh rodong kite pakat2 bagi cadangan untuk zon akses pagi.

    ReplyDelete
  2. Iye.. post kat sini je.. no hal punye.. thanx! Ajak sume sahabat anta skrip2 pendek anda yah.. :)

    ReplyDelete
  3. Koi bagi satu cerite je dulu buat permulaan.

    Bapa:Tahniah abah ucapkan kerana jadi pelajar terbaik STPM tahun ni.Bangga abah.
    Emak:Emak pun begitu juga Adam.Tahniah
    Adam:Terima kasih abah terima kasih mak.
    Bapa:Lepas ni boleh la masuk IPTA mane2 yang Adam suka.Jadi Engineer macam abah.
    Emak:Apa pulak masuk IPTA ni.Ikut cakap mak,masuk Universiti ambil undang2.Boleh jadi peguam macam mak.
    Adam:Tapi mak....
    Emak:Takde tapi2.Ikut cakap mak jangan layan abah kamu tu.
    Adam:(dalam hati)Isk macam mana ni.Aku nak jadi doktor tapi mak abah aku ni...

    ReplyDelete
  4. bagus2.. memang bagus skali.. tapi sudah terlambat la wak.. kali ni kita nak buat situasi musim baru. cube dengar mulai hari ni, 8-9 pagi. mane tau bole sumbangkan idea jugak. ajak sahabat2 lain untuk berkarya sama2. terima kasih.

    ReplyDelete
  5. salam dj shoows.. memang lama rasanya shoows tak update blog... dalam 8tahun kot.. apakhabar.. sihat adanya..selalu dengar suara su kat rmpfm.. sucess slalu k

    ReplyDelete
  6. hahahaa... 8 tahun ek?
    ye .. nak update la ni.. takde idea nak taip ni.. yang penting sentiasa dengarkan saye setiap isnin dan selasa pagi jam 6-9 ya.. :)

    ReplyDelete
  7. tahukah anda?? itu segmen baru.. dpt bnyk mklumat

    ReplyDelete
  8. Blog anda telah tersenarai di e-Direktori Bloggers Malaysia di bawah kategori blog "Agama"

    Anda dipelawa meletakkan logo e-Direktori di blog anda. Anda juga dipelawa mendaftar sebagai "Followers" untuk memudahkan saya menjejaki blog teman-teman anda yang lain.

    ReplyDelete
  9. Keren gan hehe, makasih banyak informasinya nih gan

    ReplyDelete