Sunday, June 14, 2009

Melihat Alam @ Ulu Tembeling~

Hai! Aku kembali lagi.. dah lame rasenye tak update blog nih. Maklumle, memule gi rompin, pastu gi ulu tembeling. Mane la ade mase nak update mende alah ni. tapi takpe, mase yang ade ni aku luangkan untuk pembace2 blog sekalian yang mengikuti blog aku ye.. Arigato~~!

Ni la rupe aku tengah kepanasan kat kampung bantal. Ni hari terakhir lepas tengku mahkota dah berangkat pulang naik heli, tinggal la kami terkontang kanting naik bot balik. Tengku mahkota bole cakap ape..

" Dekat je Ulu tembeling ni dengan kuantan. Stengah jam pejalanan je datang sini."

Dalam hati aku " Dah tentu nko naik minatang terbang tu, memang le rase kejap je. Cube naik bot tepusing2 macam kitorang, baru nko tau,"

Tapi sekadar cakap dalam hati je la kan.. Kalo aku cakap depan die, mau die terus masuk minang aku minggu depannye. Haha.. Well, best jugak la pegi Kampung Bantal tu sebab aku tak penah pegi sane. Tak tau ape yang nak aku expect. Kawan2 aku cite, tempat tu takde coverage, letrik pun tak 24 jam. Aku dah tak bole berpikir. Tak tau nak pikir ape. Sebab tak penah alami keadaan sebegitu rupa. Lepas tu, aku tanye si izan sebab laki die orang kampung mat daling (jiran kampung bantal). Izan pun cakap..

"Kat kampung bantal tu dah ade line maxis ngan DG la.. Astro pon ade. Ko jangan risau."

Aku pun mengurut dada tanda kelegaan. Kejap lagi, si amzari (kemremen aku) cakap kat aku, tempat tu teruk, memang takde coverage. Izan menipu ko je. Aku dah mereng kejap. Tak tau dah nak caye sape. (tapi aku caye izan sebab dah tentu laki die orang situ). Takpe lah, bia aku tunggu dan lihat sendiri.

Betolak dari ofis kat kuantan dalam pukul 9.15 pagi, sampai ke jeti taman negara kuala tahan dalam pukul 12.30 tengahari. Makan2 kejap, lepas tu, pukul 2.30 petang naik bot, tompang orang dari jabatan pendidikan. Mula2 aku excited la naik bot tu. Bila dah sampai tengah2 perjalanan, mata aku dah mula terbuai2 dengan tamparan angin hutan yang enak. Lame2, aku pun tertido.

Aku bangun tido, tengok2 tengah sungai lagi. Tak sampai2 lagi. Lame btol, aku pikir. Bile dah hampir 3 jam lebih perjalanan, baru la sampai ke jeti kampung bantal. Aku tengok suasana kampung tu macam dalam tv, time raya. Penduduk kampung semua kelua bergotong-royong buat persiapan untuk majlis TM nih. Bagus betol.. Bile dah sampai, angkut beg yang berat amat (sebab amzari buli aku sruh angkat beg spotlight), naik tangga jeti, aku tengok2 ada banner DG ngan hotlink. Aku dah pandang amzari. Dalam hati aku, "memandai je ko nih buat cerita bukan2 kan."..


Bila naik lagi sikit, aku tengok kampung tu macam dalam prop pentas teater je. Tak pun macam prop cerita senario. Memang tak penah aku tengok le kampung betol2 kampung camtu. Best sangat. Lepas tu, kitorang dibawa ke SK Ulu Tembeling untuk menginap kat asrama die. Ok la. Selesa la jugak. Tapi nak menapak dari jeti ke sekolah tu, mau senget bahu aku. Agak jauh le distance die.

Yang paling best, mase hari kedua, aku makan nasik dengan orang penerangan. Aku tengok atas meja tu ada la lauk2 masakan orang pahang. Aku pun bedal je la walopon tak tau name masakan tu. Lepas tu aku tengok dalam satu piring tu, ada lauk macam rupa daging masak kicap yang telah dihancurkan. Aku dah kebetulan memang suke masakan yang berkicap, cedok le masuk dalam pinggan aku. Dah gaul2 sume, masuk dalam mulut. Bile aku kunyah2, rase lain macam. Rasa masam semacam je. Aku dah pelik. Apsal daging kicap ni masam? Basi ke? Lepas tu aku tanye kak pah, orang penerangan tu. Ni lauk ape. Lepas tu die pun cakap, ni la sambal itam namenye. Dibuat dari belimbing yang masam tu. Loh!! Tu ke kisahnye.. Hehe..

Lepas ni i'm looking forward to eat GULAI ASAM RONG pulak! Jumpe lagi!

Saturday, June 6, 2009

Hati Tak Keruan!

Aku ade kat Pesta Rompin 2009 yang ke 18 kat Pantai Hiburan Rompin. Hari ni masuk hari ke-2 dan malam ni ade konsert mini atau name skemanye Persembahan Kebudayaan ke ape ntah. Aku pulak tengah mengira detik nak naik pentas bersama izan untuk menjadi MC pada malam ni. Benci! bencI! Sakit jiwa.. Nebes pun ade..

Lagi 15 minit nak pukul 9 malam (dijangka acara akan bermula). Doakan aku ye para pembaca blog sekalian..

Tuesday, June 2, 2009

Hariku yang Letih~



Walaupun arini takde konti, tetap letih jugak. Patotnye pagi tadi, aku btolak pegi rompin. BUkan untuk Pesta Rompin, tapi ade job. Pasal Jabatan Perpaduan pe ntah. Aku sampai ofis, call jabatan perpaduan pkul 8.45 pagi, nak confirm whether die punye big boss datang ke tak. Takde sape angkat. Call punye call, still takde jawapan.
"Cik hadi, cane nih? Rompin tu macam jauh je kan?"

"Ala.. stakat ketua pengarah die je datang, tak payah gi la"

"Wah!! Ye ke cik hadi? Bagoslaaa!"

Tu antara dialog aku ngan cik hadi (kemremen) pagi tadi. Lepas je dapat tau yang aku tak paya pegi rompin (sbab nanti ari jumaat nak kene pegi lagi, dok sane 3 hari pulak tu), aku trus menuju ke meja usang aku (yang aku jarang duduk). Trus aku buat aktiviti yang tak berfaedah. Iaitu memotong kertas dan menampal2 atas meja aku. Kononnye kreatif la.. nak bagi cantik. Baru semangat nak duduk kat meja sendiri. Kejap lagi, abang mizi datang jengok.

"Buat ape tu shoows?"
"Tak buat pape bang mizi, saje tampal2 ni ha"

"...... shoows, shoows.. macam budak2"

Terkesima jap aku. Aku pandang meja aku.. Oh, memang macam budak2 pun. Sebab aku tampal kartun2 dengan alas meja yang berkaler terang. Hahaha.. bia la.. Meja aku.. (nanti kalo aku rajin, aku amik gamba meja aku, aku letak kat sini ye).

Lepas dah siap tu, aku ajak kak ati gi makan. Sebab si fatonah dah gi makan dulu dengan si mira. Tinggalkan ku sendirian.. UH! Sebelum gi makan ngan kak ati, aku singgah JUR - jumpa sham. Sebab sham bertindak selaku graphic designer aku. Beliau bertanggungjawab mereka biznez kad aku. Hehehe.. (time kasih sham!!) Aku amik design dari die, trus menuju ke kereta dan meluru keluar dari perkarangan rtm bersama ati hasmila.

Kami pegi makan kat kemaman kopitiam. Biasela aku dengan makanan feveret aku.. Nasik lemak spesel n teh o ais! (u guys shud try dia punya nasik lemak .. best woo!) Sampai kak ati terlio tengok aku makan. Tetibe tengah sedap2 makan, kak ati tunjuk kereta aku. Oh no!! Kene saman parking la pulak. Sebab tak letak kupon tu. Mane la aku tau kat setiap tempat kat kuantan ni kene pakai kupon. Aku parking kat rtm, tak paya kupon pon. Ngee~

Lepas dah baya saman parking, kitorang pegi centerpoint untuk buat biznez kad aku. Tersinggah lame la pulak sebab owner tempat tu sudah sangkut dengan satu projek yang aku memang dah lame nak buat. Bincang punye bincang, kak ati suda panas ati sebab lame sangat kua. haha.. kami pun balik opis. Sambil2 dalam perjalanan, kami bincangkan macamana nak menaikkan martabat Pahangfm nih.

Sampai ofis, aku naik BES, duduk depan komputer. BErsama azah n fatonah, kami berganding bahu buat skrip untuk jingle dan promo baru untuk RADIO MALAYSIA PAHANGFM! Name baru la pulaak! Tegeliat lidah aku nak menyebut sebab mcam panjang sangat. Lepas dah buat recording, aku standby untuk baca warta pahang. And lepas tu, aku bekurung dalam bilik editing, edit jingle sampai pukul 6.30. Barula aku balik..

Itu sajela cite untuk hari ni.. Tengok la kalo aku rajin esok, aku taip lagi,k..