Monday, December 7, 2009
Idea anda~ =)
Dah lame shoows tak update blog ni ek? Last skali time raya, 2 bulan lepas.. hahaha.. sori2.. bukan takde masa, tapi tak ingat nak bukak.. Kalo ingat pun, asek tangguh2, trus jadi lupa.. Maaf ye sahabat2 skalian..
Ha, skarang ni shoows nak mintak pendapat anda.. Bukan.. Lebih kepada idea anda dan nak tengok anda berkarya. Saye tau anda semua ni kreatif2 belake orangnye. Anda pernah dengar situasi pagi dalam zon akses 6-9 pagi kan? Isnin sampai sabtu ade yang dikendalikan oleh saya, hud dan izan..
Jadi, saya nak anda hantarkan idea2 anda untuk situasi pagi saya hari isnin dan selasa. Post je kat bawah ni skrip pendek anda. Kalo anda pernah dengar situasi pagi kami, misti tau nak buat macamane. Nanti mana tau kalo anda punya skrip saya rasa best, kami akan rekod dan siarkan live untuk zon akses kami..!
Haaa.. amacam? Ada beran nak join krew zon akses pagi? Cepat anta.. Ape tunggu lagi..? Kalo ade tak paham, sila angkat tangan dan tanya ok..! =)
Sunday, September 20, 2009
Selamat Hari Raya!!
Sebulan berpuasa..
Tiba Syawal kita rayakan dengan rasa gembira.. Lalalaa..
Cecey.. Seronok2 je saye menyanyi.. Haha.. walaupun hati pilu sebab beraya sambil bekerja, tapi seronok jugak.. Ade ben, abang is ngan hud kat ofis.. Kami sume boleh buat sesuka hati kat konti.. Sebab sekarang kan masa yang sensitip.. Kalo ade sesape marah kitorang wat sesuke ati, kitorang nangis nanti.. hahahaa..
Ni kali pertama Shoows tak beraya secara normal.. Tapi takpe, pengalaman tu mematangkan kita betol tak? Memang le sedih dan tak feeling macam totaly raya, but pendengar2 semua dah cukup untuk mengubat hati ni.. Tak rase sunyi pun.. Korang sentiasa menemani saya.. Terima kasih a million!
Semalam lepas konti n baca berita, terus pegi rumah kawan2 lama yang dah lama tak jumpa. Masa pun terhad nak lepak2 dengan diorang sebab kena balik awal, malam smalam konti lagi. Teman ben pulak.. Nasib baik afni pun menyempit skali. Takde la rase penat sangat.. Hehe..
Ok la, di kesempatan ini, shoows ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada seeeeeeeeemua pendengar dan sahabat2 RMPfm. Mintak ampun kalau selama saya keudara, saya telah menghancurkan (eceh..), mengguris hati anda semua.. Saya cuma insan biasa yang serba kekurangan.. Diri ini boleh diperbaiki lagi.. Insyaallah..
Terima kasih juga kerana telah menyokong saya sepanjang masa.. Love u guys!! Selamat hari rayaaaaaaaaaaaaaaa!!! Muaxx~
Wednesday, August 19, 2009
Tidak sihat..ohh~
Hai, kembali lagi saye setelah sekian lame menyepi.. cewah..
Hari ni tak buat ape2 pun.. Just duduk berehat kat rumah. Kalo ade yang perasan, smalam time saye konti 6-9 pagi, jam yang terakhir saye telah serahkan kepada DJ honey.. Ade yang tertanye2? Sebabnye adalah saye berasa sangat tidak selesa. Saye tak sihat sebenanye.. Hari sebelum tu, saye balik rumah lepas kerja, terus rasa tak larat nak berjalan.. Lepas tu, perut rasa mual, terus muntah2.. Sampai lembik wa cakap sama lu.. Dah lama rasanya tak muntah secara beria2 camtu.. Lepas makan panadol dan nak tido, perut rasa mual lagi, dan muntah lagi.. Tengah2 tido, perot sakit lagi, gi toilet, cirit birit pulak.. Adoi la.. Badan rasa tak selesa.. Sakit gile!
Esok paginye, bangun tido pukul 4.30 nak ke konti.. Bdan memang rasa bisa sangat2.. terus risau. Gagahkan diri, pegi jugak la ke konti. Pakai baju 2-3 lapis sebab maklumla, konti kan sejuk seperti dalam peti ais.. Sampai je konti, rasa hawa kedinginan, dah cukup membuatkan diriku mau pitam.. Last2 setengah jam je duk dalam konti, terus msg DJ honey suruh take over konti as soon as possible.. Pkul 8 honey datang, dan menyelamatkanku..
Keluar dari konti, terus ajak DJ azzah gi hospital untuk cek sebarang kemungkinan ape yang berlaku kepada diri saye.. Pegi poliklinik beserah sebab hospital besar ngan klinik kesihatan penuh orang! LAst2 doktor kate, suhu badan saya naik dan ada demam sikit.. Mungkin keracunan makanan aje.. Fuhh.. lega sehh..
Jadi, kepada anda di luar sana, tak kisah la anda rasa macam sakit ke tak ke, pegi la cek.. Jangan sampai sakit teruk, baru nak gi cek kat hospital.. Sebarang kemungkinan boleh jadi tau.. So, hari ni saya berehat je kat rumah.. Baru la badan rasa lega sikit.. Lots of love from me.. Jaga kesihatan.. Till we meet again.. :)
Saturday, July 25, 2009
Bersama Dj shOows.. ahem~
Bagi anda yang nak tau, ketika bile anda boleh bersama dengan saye di udara.. Slot saya adalah:
- Ahad ~ 1200-1500 (Ria@pahangfm)
- Isnin ~ 0600-0900 (Menu Pagi)
- Selasa ~ 0600-0900 (Menu Pagi)
- Khamis ~ 1200-1500 (Drama Insyirah)
Haa.. tu la jadual saya bermula julai ni.. Jadi anda jangan ketinggalan untuk bersama saya. Tapi skarang, untuk slot 6-9 pagi, kami sedang mencari nama yang sesuai untuk slot kami. DJ pagi ada 3 orang kalo bagi yang mengikuti perkembangan RMPfm.. DJ pagi ialah saya, izan dan hud.. Dan slot menarik dalam segmen pagi ialah situasi pagi.. Jangan lupa dengar tau!
Kami masih lagi mencari nama untuk segmen pagi tu. Contohnya, radio swasta letak nama AMkrew, morningkrew.. Ha, something like that la.. Jika anda ada sebarang cadangan, sila usulkan,k. Mungkin nanti kami akan sertakan dengan hadiah kalo anda dapat bagi nama menarik untuk kami.. hehehe..
Jumpe lagi!!
Friday, July 24, 2009
Sedapnye keropok!
Ni saye masih lagi ade kat ofis. (tetibe tuka jadi saye, baru formal sket) ahemm.. Jam menunjukkan pukul 7.25 malam. Azan maghrib sedang berkumandang. Dalam pukul 6 saya baru balik dari Bukit Setongkol. Pegi cover lawatan kerja Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob. Die lawat kilang keropok kat situ. Saye pun tak tau ade wujud kilang keropok kat bukit setongkol tu. Hampir2 sesat saye dan cameraman. Ingatkan besa, kecik je rupenye.. Rumah kedai je..
Function tu berlangsung kejap je. Tak sampai sejam pon. Sebab Dato' Seri macam tak sihat je tadi. Jangan kene H1N1 dah.. Choii! Lepas dah bantai keropok lekor hasil keluaran kilang tu sebanyak 3-4 keping, kami pun pulang ke ofis.
Dan sekarang saye tengah mengadap pc untuk menyiapkan story. Walaupun story ni untuk esok tengahari, tapi disebabkan esok saye cuti, jadi tak salah kalo siapkan hari ni jugak kan? Malas nak tangguh2 kerja. Esok nak layan si kecik kat rumah tu. (bukan anak manusia, tapi anak kucing) hehehe..
Ok lah.. Nak sambung buat story nih. Tak siap mengarang lagi. Tetibe otak jem, tu yang intai blog kejap tu. Release tensi la kononnye.. hahaha.. orait.. jumpe lagi nanti.. ciaw~
Tuesday, July 14, 2009
Cempedak Menjadi Nangka~
Sunday, June 14, 2009
Melihat Alam @ Ulu Tembeling~
Ni la rupe aku tengah kepanasan kat kampung bantal. Ni hari terakhir lepas tengku mahkota dah berangkat pulang naik heli, tinggal la kami terkontang kanting naik bot balik. Tengku mahkota bole cakap ape..
" Dekat je Ulu tembeling ni dengan kuantan. Stengah jam pejalanan je datang sini."
Dalam hati aku " Dah tentu nko naik minatang terbang tu, memang le rase kejap je. Cube naik bot tepusing2 macam kitorang, baru nko tau,"
Tapi sekadar cakap dalam hati je la kan.. Kalo aku cakap depan die, mau die terus masuk minang aku minggu depannye. Haha.. Well, best jugak la pegi Kampung Bantal tu sebab aku tak penah pegi sane. Tak tau ape yang nak aku expect. Kawan2 aku cite, tempat tu takde coverage, letrik pun tak 24 jam. Aku dah tak bole berpikir. Tak tau nak pikir ape. Sebab tak penah alami keadaan sebegitu rupa. Lepas tu, aku tanye si izan sebab laki die orang kampung mat daling (jiran kampung bantal). Izan pun cakap..
"Kat kampung bantal tu dah ade line maxis ngan DG la.. Astro pon ade. Ko jangan risau."
Aku pun mengurut dada tanda kelegaan. Kejap lagi, si amzari (kemremen aku) cakap kat aku, tempat tu teruk, memang takde coverage. Izan menipu ko je. Aku dah mereng kejap. Tak tau dah nak caye sape. (tapi aku caye izan sebab dah tentu laki die orang situ). Takpe lah, bia aku tunggu dan lihat sendiri.
Betolak dari ofis kat kuantan dalam pukul 9.15 pagi, sampai ke jeti taman negara kuala tahan dalam pukul 12.30 tengahari. Makan2 kejap, lepas tu, pukul 2.30 petang naik bot, tompang orang dari jabatan pendidikan. Mula2 aku excited la naik bot tu. Bila dah sampai tengah2 perjalanan, mata aku dah mula terbuai2 dengan tamparan angin hutan yang enak. Lame2, aku pun tertido.
Aku bangun tido, tengok2 tengah sungai lagi. Tak sampai2 lagi. Lame btol, aku pikir. Bile dah hampir 3 jam lebih perjalanan, baru la sampai ke jeti kampung bantal. Aku tengok suasana kampung tu macam dalam tv, time raya. Penduduk kampung semua kelua bergotong-royong buat persiapan untuk majlis TM nih. Bagus betol.. Bile dah sampai, angkut beg yang berat amat (sebab amzari buli aku sruh angkat beg spotlight), naik tangga jeti, aku tengok2 ada banner DG ngan hotlink. Aku dah pandang amzari. Dalam hati aku, "memandai je ko nih buat cerita bukan2 kan."..Bila naik lagi sikit, aku tengok kampung tu macam dalam prop pentas teater je. Tak pun macam prop cerita senario. Memang tak penah aku tengok le kampung betol2 kampung camtu. Best sangat. Lepas tu, kitorang dibawa ke SK Ulu Tembeling untuk menginap kat asrama die. Ok la. Selesa la jugak. Tapi nak menapak dari jeti ke sekolah tu, mau senget bahu aku. Agak jauh le distance die.
Yang paling best, mase hari kedua, aku makan nasik dengan orang penerangan. Aku tengok atas meja tu ada la lauk2 masakan orang pahang. Aku pun bedal je la walopon tak tau name masakan tu. Lepas tu aku tengok dalam satu piring tu, ada lauk macam rupa daging masak kicap yang telah dihancurkan. Aku dah kebetulan memang suke masakan yang berkicap, cedok le masuk dalam pinggan aku. Dah gaul2 sume, masuk dalam mulut. Bile aku kunyah2, rase lain macam. Rasa masam semacam je. Aku dah pelik. Apsal daging kicap ni masam? Basi ke? Lepas tu aku tanye kak pah, orang penerangan tu. Ni lauk ape. Lepas tu die pun cakap, ni la sambal itam namenye. Dibuat dari belimbing yang masam tu. Loh!! Tu ke kisahnye.. Hehe..
Lepas ni i'm looking forward to eat GULAI ASAM RONG pulak! Jumpe lagi!